Wednesday, October 5, 2011

4 GOLONGAN MANUSIA

Ada 4 golongan manusia yang dikelompokkan berdasarkan aktiviti dunia dan hasil yang akan diperolehinya di akhirat kelak...

........ Golongan pertama adalah golongan yang kehidupan dunianya berjaya dan kehidupan akhiratnya memiliki bekal yang cukup untuk berjaya juga. Merekalah golongan orang yang menang kerana mendapatkan keduanya...

........ Golongan kedua adalah golongan yang kehidupan dunianya tidak berjaya dari kacamata duniawi, namun bekal akhiratnya cukup hingga dapat menghantarnya ke syurga Allah. Golongan kedua ini adalah golongan orang yang beruntung...

.........Golongan ketiga adalah golongan yang kehidupan dunianya cukup berjaya, namun bekal untuk kehidupan akhiratnya tidak cukup bahkan tidak ada sama sekali, golongan ketiga ini merupakan kelompok orang yang tertipu...

........Golongan keempat adalah golongan yang kehidupan dunianya gagal, begitu pula kehidupan akhiratnya juga gagal. Golongan keempat ini dikelompokkan sebagai golongan orang-orang yang rugi. Rugi di dunia, rugi pula akhiratnya..

No comments:

Post a Comment