Saturday, October 8, 2011

SELAMAT HARI LAHIR

Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku ruang dan waktu utk mencoretkan dada blog ini. hari ini cukup usia ku 40 ..usia matang kata orang...di usia ini juga RAsulullah saw dilantik menjadi rasul...dan disaat usia ini juga baginda saw menerima wahyu..
Pagi tadi aku menerima ucapan dari suami...terima kasih kerana mengingati tarikh diri ini dilahirkan
Aku merasa cukup terharu...anak2 membeli hadiah..dari duit perbelanjaan sekolah yg diberikan ayah mereka.
Yang sulung sanggup tak makan semata2 nak belikan hadiah utk aku. terima kasih anak2 umi. Umi amat menghargai pengorbanan kalian. Umi sangat sayang anak2 umi. Terima kasih sejuta kali kerana membuatkan umi merasa bahagia.
Semoga anak2 umi berjaya dalam pelajaran, berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat dan jadi anak2 yg soleh
Saat umi sedang berduka, anak2 umi menjadi pengubatnya. Terima kasih. Semoga Allah memberkati dan merahmati hidup anak2 umi dengan keimanan dan ketaqwaan.

Hadiah yang anak2 umi hadiahkan akan umi simpan...jadi kenangan.
cantik...walaupun ianya sesuai utk usia anak2 umi, tapi umi amat menghargainya. Umi ber berdoa agar pengorbanan anak2 umi akan dibalas dengan sejuta kebaikan oleh Allah...amin.

Umi takkisah berkorban segalanya utk anak2 umi. asalkan anak2 umi gembira dan berjaya dunia akhirat
Umi akan buat apa yg terdaya utk bahagiakan anak2 umi.

Doa umi sentiasa menggiringi anak2 umi walau kemana pun anak umi pergi. Jerit perih masa umi mengandungkan dan melahirkan anak2 umi buat umi tabah menghadapi setiap ujian Allah. Segalanya masih tetap dalam ingatan umi.

Umi sayang anak2 umi.
jadilah insan yg berguna
jadilah hamba yang soleh
jadilah anak2 yg taat
jagalah solat.

No comments:

Post a Comment