Friday, October 28, 2011

catatan tinta hati

Bismillahirrahmanirrahim,
Hari ini aku diuji dengan kesakitan...demam biasa, batuk, selsema, sakit kepala...ujian kesakitan yg terlalu kecil yang sebenarnya untuk menggugurkan dosa2 kecil yg kita lakukan. Pastinya ada ketika aku terlalai dalam menjalani kehidupan seharian...maka ALlah mahu aku kembali mendekatkan diri kepadaNYA. Alhamdulillah...
Aku Tidak mengeluh dengan ujian ini, kerana aku tahu ujian kecil ini tanda Allah sayang kepadaKU. dan Dia mahu aku menghampirkan diri kepadaNYA. Kesakitan memang mendekatkan kita kepada ALlah. Saat kita sihat kita seringkali leka , lalai dan lupa.
Sakit dan segala ujian tanda Allah sayang kepada kita.
Ujian ini membuatkan aku tersenyum sendiri..mencari di mana kelalaianku dari mengingati DIA. iya...aku terleka dari membaca kitab sucinya. Aku mengajarkan kepada anakku bacaan kitab suci sedang aku sendiri tidak menggunakan kesempatan terluang utk membacanya. Apakah mungkin lantaran aku baru khatam maka aku menjadi leka dan lalai. Astaghfirullahal3azhim.

Rasulullah saw berpesan jangan lupa membaca ayat2 suci al-quran sekurang2nya 10 ayat dalam satu hari. tidak cukup dgn ayat dan surah yg kita baca di dalam solat. diluar solat juga kita perlu iqra'nya.

Bukankan perintah IQRA' diulang ulang didalam surah al-3alaq? lupakah aku kepada ayat itu? Allahu Akbar. ampuni aku hamba yang lemah ini.

Terima kasih ya Allah dengan ujian ini mendekatkan aku dan mengingatkan aku kepada perintahMU.

Sakit ini menguji cintaku kepadaNYA. mengapakan aku masih dambakan cinta manusia...iya..tak kunafikan itu kerana aku manusia biasa...yang memangtidak dapat lari dari ingin mencintai dan dicintai..apa lagi dalam kesakitan ini, betapa jiwa kita amat mengharapkan keperihatinan org yang dicintai. Alangkah indah andai kita dibelai, dilayan dengan penuh rasa cinta. Pastinya ianya akan menyembuhkan perasaan walau bukan menyembuhkan sakit.

Saat terbaring sendirian seharian...air mata kering tiada lagi titisan yg mengalir. Jiwa kosong...tiada cinta...tiada lagi perasaan rindu. Ya ALlah...Aku pasrah sebenarnya dengan kehendakMU. Cintamu sudah cukup mungkin bagiku. Akan ku teruskan kehidupan ini sementara menanti masa kau memanggil aku kembali. Aku ingin kembali ke sana...dihadapan kaabahMU...aku rindu untuk sujud disitu..dimana marmar itu pernah menjadi saksi aku sujud , marmar yang menjadi saksi airmataku tumpah dihadapan kaabah...memohon keampunan dariMU. Aku rindu Ya Allah. Jemputlah aku lagi...aku mahu kesana. aku belum puas berdoa disitu. Kaabah itu mengamit rindu aku utk kesana. Ada hajat ku yangbelum tertunai. Aku ingin mencium hajaral aswad...sebelum kau memanggilku kembali kepadaMU.

 Aku ingin berada dekat dengan Baginda saw...hajatku belum tertunai..aku ingin bertemu dengan Baginda...Aku rindu ...rindu sangat. Aku tahu aku tidak layak kerana dosa2ku namun aku tidak akan berputus asa untuk berdoa utk bertemu dengan baginda SAW. Rindu yang tersimpan begitu menyesakkan dadaku. Tidak ada siapa pun yang mengerti tentang perasaan yang aku alami saat setiap kali aku rindu kepadanya. Terasa hubungan ini terlalu akrab. Setiap kali mendengar syamail baginda SAW...pasti airmata rindu akan tumpah. Allahhhhh...betapa rindu itu mencengkam jiwaku. Tiada siapa yang akan mengerti perasaan ini...cuma Aku dan Allah. Ya Rasulullah...aku ingin berada dekat denganMU saat aku dibangkitkan nanti.

Ya Allah, Jemputlah aku kembali kepadaMU saat aku berada disana..agar jasadmu disemadikan di baqi3...dekat dgn baginda SAW. AKu tidak mahu berjauhan dengan Baginda SAW. Makbulkan doaku ya Allah. Sesungguhnya Engkau memahami apa yangtersimpan di dalam hatiku...Hanya Engkau yang MAHA TAHU. Erti cinta dan rinduku. Assalamualaika Ya RAsulullah SAW. ku tahu kau akan menjawab salam setiap umat mu yg memberikan salam kepadamu. seakan ku terdengar kau menjawab salamku setiapkali aku memberikan salam kepadamu. Semoga rindu ini akan bertaut suatu hari nanti. Aku tidak akan pernah jemu utk berdoa. Aku yakin ia akan termakbul jua nanti. Aku yakin itu. Aku yakin dengan janji Allah. Akanku nanti saat itu. Sollu 3alaihi wasallimu taslima.

No comments:

Post a Comment