Friday, November 25, 2011

Bingung

"Kau sihat ke tak nih?" tanya mira
"Entahlah, nak kata sihat tak sihat, nak kata sihat..rasa tak sihat, mual, loya, sakit kepala...morningsickness..biasalah kalau dah mengandung". kataku

"Kau dah pergi check doktor?"Mira bertanya lagi
"Belum, entahlah akuu tak ada semangat, tak ada perasaan nak pegi check...jiwa aku kosong." luah Qalbina
"Berapa bulan dah ni?.
"tiga la kut, sebab aku tak datang haid sejak tiga bulan lepas."
"Kenapa tak pergi check? bahaya tau...Mira bertanya sambil berkerut dahi. Ada sedikit kerisauan diwajahnya.
"Macamana aku nak semangat Mira, bila aku suarakan pada dia, aku nak dia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan ni, aku nak dia tanggungsegala kos rawatan adri aku mengandung sehhingga aku melahirkan anak, itu tangungjawab dia sebagai suami, sebagai ayah...aku dah serik dengan rasa tertekan yang aku rasa semasa aku mengandung dan melahirkan anak-anak sebelum ni, dia lepas tangan lansung, satu sen pun dia tak bagi kat aku, aku macam org yang tak ada suami, semua aku tanggung sendiri...aku kecewa Mira..aku kecewa...sangat-sangat kecewa. Tambah-tambah bila dia tak layan aku macam orang mengandung pun. Aku letih Mira...letih jiwa dan perasaan, letih badan..." airmata mula mencurah dari kelopak mata Qalbina.
"Bila aku suarakan hal ni dia jawab dia tak ada duit, lansung tak ada persediaan untuk menyambut kelahiran, dia tahu dia tak mampu nak tanggung nafkah aku dan anak ni, kenapa dia buat aku mengandung? kenapa???adakah dia saja nak menyiksa aku, menambah beban yg dah banyak terpikul di atas bahu aku niih, tak cukup kah tekanan yang dia dah bagi pada aku sebelum ni, tak terfikirkah dia?" Qalbina meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

"Sabarlah Ina". Mira cuba memujuk sambil menggosok belakang Qalbina .

"Setiap kali aku mengandung, aku melihat orang lain aku sedih, bila aku ke klinik untuk check, suami mereka dengan sabar menunggu, memberi kata-kata semangat kepada isteri, membayar semua kos perubatan isteri, sanggup buat apa sahaja untuk menjaga isteri, tapi aku...aku tak rasa itu semua. Bila aku bersalin...aku lihat suami orang lain ada bersama isteri, memberi semangat, ada yang menangis kerana bimbang sesuatu akan berlaku kepada isteri, tanda cinta dan kasih sayang mereka kepada isteri, anak diazankan dengan penuh rasa syahdu dan gembira...tapi aku..aku tak pernah lalui semua itu...aku hadapi saat-saat genting dalam hidup aku sendirian, kos bersalin pun aku yang tanggung sendiri, aku tak faham dengan sikap suami aku, tak adakah rasa tanggungjawab dia sebagai suami, apakah dia tidak ada perasaan membiarkan aku menanggung semua tu?" keperluan anak selepas lahir pun aku juga yang sediakan...aku seperti orang yang tak ada suami, dan anak aku seperti anak yang tak ada bapa...dia tak tahu pun bagaimana nak memangku anak...aku sedih Mira...aku kecewa. suami orang lain, menjaga sendiri isteri bersalin...pandai uruskan anak sendiri walaupun masih bayi...mandikan anak mereka...menyediakan keperluan makan minum isteri yang masih kesakitan selepas bersalin...aku tak lalui semua tu...dia tak pandai nak buat semua tu dan tak mahu pun belajar untuk melakukannya. Ubat aku bersalin pun aku beli sendiri...dia buat tak tahu saja. Tahu nak buat anak sahaja tapi tak  mahu tanggung. Aku sangat kecewa dan terluka. Aku jadi benci pada dia , kau tahu Mira." sebab tu aku dah hilang cinta pada dia. Dia yang telah membunuh cinta aku pada dia dengan sikap dia."Qalbina meluahkan sambil mengesat air mata yang mengalir dipipi. Tergambar rasa kecewa yang amat sangat di wajahnya.

"Ina, kau harus tabah...anak dalam kandungan kau tu perlukan perhatian, kalau kau terlalu mengikut perasaan, aku bimbang tak elok untuk anak tu nanti, sabarlah," Mira memujuk Qalbina.

"entahlah Mira, aku tak tahu bagaimana nak memujuk hati aku sekarang ni..., kadang aku rasa nak cakap kat dia, kalau dia rasa tak mampu nak pikul tanggungjawab dia, doakan sahaja agar anak dalam kandungan aku mati...".Bicara Qalbina tersekat-sekat.

"Tak baik macam tu Ina, aku tahu kau kecewa, anak tu anugerah Allah, dah jadi benih pun...mungkin anak itu akan membawa rezeki dan tuah dalam rumahtangga kau. Sabarlah...Yakin lah dengan pertolongan Allah," aku yakin ada hikmahnya disebalik semua ini." Nasihat Mira dengan rasa sedikit terkejut.

"Aku tahu, aku tak patut kata macam tu, tapi itu lah...bila hati dah kecewa..., aku bimbang kalau aku terlalu memikirkannya, penyakit meroyan menyerang aku...siapa nak jaga anak-anak aku. suami aku tak akan faham hal ini, sebab dia tak pernah ambil tahu pun hal orang mengandung , hal orang bersalin, sebab tu dia boleh buat tak peduli akan tanggungjawab dia. Entahlah Mira..aku bingung." Qalbina merenung jauh ke hadapan. Pandangannya kosong. sekosong jiwanya disaat ini.

"Ina, jomlah aku temankan kau ke klinik," Mira bersuara.
"Tak apalah Mira, nanti la...bila aku rasa aku nak pergi aku pergi..."Qalbina menolak pelawaan Mira.
"Kalau macam tu tak apa la, tapi janji kau akan akan pergi check kandungan tu,tau! aku tetap akan berada di sisi kau...kalau kau perlukan aku, kau call sahaja, ok?"Qalbina mengangguk dengan senyuman yang tawar.

Mira berlalu kerana ada urusan kerja yang perlu diuruskan. Qalbina memandang keadaan sekeliling. Jiwanya masih kosong. Diwajahnya hilang segala keceriaan. Ujian Allah ini terasa begitu berat untuk ditanggungnya lagi. Dia benar-benar berserah. Apapun yang akan terjadi...kalau boleh dia ingin pergi jauh dari sini. membawa diri. Cuma satu tempat yang dia hendak pergi...Mekah...dia rindu untuk bersolat dan berdoa di hadapan kaabah. Kalau boleh dia hendak tinggal saja di situ. tak nak pulang lagi ke tempat yang melukakan hatinya. Dia mahu mati di situ...di hadapan kaabah...dia mahu sujud disitu di akhir hayatnya.Dia pasti saat itu pasti jiwanya akan tenang...dia maafkan semua orang...dia cuma mahu pergi dengan hati yang tenang.
"Ya Allah..kabulkan doaku" Qalbina membisikkan didalam hati.

No comments:

Post a Comment