Thursday, November 24, 2011

Dimanakah bahagia

Bismillahirrahmanirrahim,
Kenapa termenung ni? tanya Mira kepada ku

"entahlah...memikirkan nasib diri..sampai bila akan berterusan begini..."
"Ada masalah lagi ke? tanya Mira lagi
"Fikiran aku kusut...aku dah hilang rasa cinta kepada dia..jiwa aku kosong...segala yg aku buat sekarang ni hanyalah kerana terpaksa krn dia tak nak lepaskan aku".
"Kau masih tak maafkan dia?

"Aku dah maafkan segala kesalahan dia..tapi aku tiidak boleh cintakan dia lagi..hati dan perasaan aku dah mati utk dia...mungkin sebab tekanan yg terlalu lama aku pendam" mematikan segala rasa. dia ada atau tak ada sama saja bagi aku." Luahan berat aku lepaskan.

"Ina! aku tak dapat nak bantu...hal perasaan itu hak individu, cuma aku tak faham kalau kalian dah tak boleh bersama kenapa dia takk nak lepaskan kau?" Mira bertanya sambil tangannya mencapai gelas minuman di atas meja. Suasana kantin agak suram, sesuram hati Qalbina.

"Entah lah..aku dah berterus dengan dia..aku dah tak mampu nak cintakan dia lagi..hati aku memang dah benar-benar kosong untuk dia. kalau kami bersama pun kami tak akan bahagia. sekadar pura-pura dihadapan anak...hipokrit..sampai bila? tapi dia ada sebut, dia nak tebus balik kesalahan dia pada aku, dia sanggup tunggu berapa lama pun sehingga aku mampu cintakan dia semula...dia tak mengerti, hati aku dah tak ada ruang untuk dia.Aku dah tak boleh. Hati aku dah kosong sekosongnya untuk dia." ,Qalbina meluahkan dengan keluhan yang berat.

"Adakah kau akan tunggu?" Tanya Mira dengan muka berkerut.

"Entahlah..aku berserah kepada perancangan Allah sekarang ni.Apa yang akan terjadi, aku berserah sahaja."

"TApi sampai bila kau nak bertahan dengan tekanan yang kau hadapi?"

"Aku tak tahu..tapi aku harap dia akan mengerti, aku tak sanggup untuk memikul dosa kerana tidak mencintai dia. Tanggungjawab aku sama sahaja dengan tanggungjawab isteri yang lain, wajib mencintai suami, tapi hati aku dah terlalu luka dan terlalu lama, cinta dihati aku telah hilang, aku tak mampu nak memaksa hati aku mencintai dia lagi. Kau tentu tahu dan faham, cinta tidak boleh dipaksa, ianya perlu hadir dari hati yang ikhlas barulah bahagia akan menjelma." Aku menghirup air bandung perlahan.

"Aku cuma mampu berdoa untuk kebahagiaan engkau Ina."

"Terima kasih Mira, kerana memahami."

"Macamana dia sekarang? "

"Dia ada sedikit perubahan semasa kami mula2 berkrisis tu, tapi sekarang aku tengok dia kembali semula dengan perangai lama dia. suka keluar malam, balik bila anak-anak dah tidur, aku mengharapkan dia membimbing anak-anak solat, mengaji.Tetapi aku masih kecewa hingga ke hari ini. Dia masih buat tak peduli, kalau aku tak suruh dia tak akan buat, seperti dia tidak tahu tanggungjawab dia sebagai ayah kepada anak-anak. Nafkah aku masih byk yg aku tanggung sendiri, anak-anak pun aku yang banyak keluar belanja, sebab anak-anak tak berani nak minta dengan dia, lagi pun mereka dah tahum kalau mereka minta dari ayah mereka pasti jawapannya adalah tidak, anak-anak aku dah cop ayah mereka tu kedekut, Aku tak ajar itu semua, tapi mereka sendiri tahu dari layanan ayah mereka terhadap mereka. Aku kesiankan anak-anak, kadang-kadang belanja kau memang defisit tiap bulan, krn tak sampai hati nak kecewakan anak-anak. Tak Apalah..Allah akan  ganti balik apa y ang aku belanjakan untuk anak-anak. Aku yakin itu. Dia...dia jawablah nanti dihadapan Allah segala tanggungjawab dia terhadap anak-anak."

"Aku simpati dengan nasib kau Ina."

" Tak apa lah Mira, aku hidup sekarang ni adalah untuk anak-anak aku.Aku tak nak mereka tertekan seperti aku. Biarlah aku seorang menghadapai tekanan perasaan ini. Melihat mereka ketawa, hati aku sedikit terubat."Qalbina meluahkan isi hatinya. Matanya tergenang air mata.

"Sabarlah Ina," InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya nanti."

"IYa , aku masih menunggu apakah yang Allah sediakan untuk aku." Keyakinan Qalbina dengan ketentuan Allah tidak berbelah bahagi. Dia yakin sinar bahagia akan muncul jua nanti. walaupun tidak tahu bila ia akanmenjelma, namun dia yakin dengan janji Allah terhadap orang-orang yang sabar.

"Semoga Allah akan terus memberikan kau kekuatan untuk menghadapi setiap ujian dari dia." Doa Mira.

"AMin....Qalbina tersenyum.



No comments:

Post a Comment