Friday, December 30, 2011

NOVEL SETULUS CINTA ZULAIKHA 1

"Tut...Tut..tut....!!!!" Bunyi nada telefon mengejutkan aku dari lamunan.
"Mmmmmm siapa pula telefon nih...debar aku tak hilang lagi...buat aku terkejut saja," Aku merungut di dalam hati.
 Dengan rasa malas aku mencapai telefon di meja lampu sebelah katilku.

"Assalamualaikum!...aku menjawab tanpa melihat nama tertera di skrin telefon bimbitku.
"Waalaikum salam, cikgu, suara Ifham terhenti seketika. Aku agak terkejut. Apalagi yang dia mahu. Peristiwa tadi benar-benar memeranjatkan aku. Lansung aku tidak menyangka dia akan bertindak seperti itu.

"Saya...saya minta maaf atas apa yang berlaku tadi," Suara Ifham putus-putus. Mungkin dia rasa bersalah. Aku tak salahkan dia. Perasaan bukan dipaksa. Ianya hadir sendiri.
"Saya harap cikgu dapat maafkan saya, saya ikhlas cikgu, saya tahu tindakan saya keterlaluan, pleassse...maafkan saya. Saya berjanji tak akan ulangi perbuatan saya tadi," Dia merayu.

"Ifham, saya dah maafkan awak, saya faham perasaan awak, simpan saja perasaan itu untuk gadis yang sesuai dengan usia awak, saya tak sesuai dengan awak,"Peristiwa dirumah Ifham tadi masih terbayang di ruangan fikiran ku. Aku kesana sekadar untuk membantu, dia demam dan ibunya meminta pertolongan ku atas permintaan dia. Demam rindu rupanya. Aku tersenyum sendiri. Dia memang agak kelihatan dewasa dari usianya. Tambahan pula badannya yang agak besar dan tinggi dari rakan-rakan yang lain di dalam kelasnya. Aku memang perasan dia selalu memerhatikan aku cuma aku buat-buat tak tahu. tak sangka pula dia menyimpan perasaan lain terhadapku.

"Dah lah Ifham, kita lupakan saja apa yang berlaku tadi, okey! awak pun akan ke universiti tak lama lagi. Belajar rajin-rajin, saya doakan awak berjaya. Mungkin awak akan bertemu dengan buah hati awak yang sebenarnya di universiti nanti. " Aku menasihati Ifham agar dia tidak rasa terluka.

"Cikgu! saya...ikhlas sayangkan cikgu, saya tak main-main. Sukar untuk saya buang perasaan yang ada di dalam hati saya sejak kali pertama saya kenal cikgu. Perasaan rindu pada cikgu menemani saya saban waktu. Kenangan aktiviti kelas kita tak akan saya lupa. Setiap hari saya buka laman blog kelas yang cikgu buat untuk kelas kita, saya baca dan melihat gambar-gambar yang terpapar tanpa jemu terutama gambar cikgu dengan saya.

"Ifham! Awak pelajar saya".
"Saya tahu".
"Saya guru awak".
"Saya tahu".
"Saya dah kawin".
"Saya tahu".
"Saya dah ada anak".
"itu pun saya tahu, saya suka dengan anak-anak cikgu. "
"Jadi?????". Aku kehabisan idea untuk menjelaskan kepada Ifham.
"Salahkah saya mencintai seseorang yang saya kagumi?" Dia bertanya.
"Ifham bercinta itu tidak salah tapi biar kena pada tempatnya, cinta awak tak sepatutnya pada saya," aku cuba memujuknya.

Darah muda yang sedang bergelora. kalau makin dilarang bimbang makin menjadi-jadi. Aku tidak mahu sesuatu yang tidak elok berlaku pada dia. Dia ada masa hadapan yang cemerlang. Dia merupakan pelajar yang agak pandai. Sayang kalau dia melakukan sesuatu yang bodoh hanya kerana cinta.

"Awak simpan dulu cinta awak tu, sampai masa awak akan bertemu dengan pasangan awak yang sesuai, saya ikhlas mengajar awak, saya sayangkan awak dan semua kawan-kawan awak. Awak semua terlalu rapat dengan saya. Membuatkan saya tersenyum pada ketika saya sedih. Kelas awak adalah kelas yang paling saya sayang sepanjang saya mengajar. "

"Cinta itu datang dari Allah, Dia yang telah menerbitkan perasaan ini didalam hati saya cikgu, dan saya dapat rasa cikgu juga sayangkan saya bukan???" Pertanyaan dia amat memeranjatkan aku.

"Ifham!!!masyaAllah...." nampaknya awak dah salah faham. saya sayangkan awak sebagai anak didik saya, tak lebih dari itu, maafkan saya sekiranya kasih sayang saya menyebabkan awak jatuh cinta dengan saya," Aku mengeluh di dalam hati. AKu telah melakukan kesilapan yang aku tidak sedar.

"Saya tahu cikgu, tapi hati saya mengatakan cikgu juga cintakan saya, "Ifham berbisik. Suara yang lahir dari lubuk hati yangdalam.

"Ifham! dah lama sangat kita bercakap nih, nanti marah pula mak awak, lain kali saja kita borak ya! dan jangan lupa beritahu saya bila awak daftar universiti, ada hadiah tahniah atas kejayaan awak dari saya," ujarku setelah agak lama berborak dengan Ifham.

"Okey! saya akan beritahu, saya janji, lagi pun saya ....ahhh lupakan saja, okey cikgu, jumpa lagi, assalamualaikum," Ifham mengakhiri perbualan kami.

BERSAMBUNG...


No comments:

Post a Comment