Saturday, December 31, 2011

SETULUS CINTA ZULAIKHA2

"abang nak kemana? tanya Fitrina sebaik sahaja melihat Bakri membuka pintu untuk keluar.
"Abang nak jumpa kawan " ringkas jawapan Bakri.

Fitrina sudah arif perangai suaminya. Saban malam keluar bertemu kawan-kawan dan akan balik lewat malam selewat jam satu hingga dua pagi. Rumah nya tak ubah seperti hotel sahaja. Tempat persinggahan untuk makan dan tidur. Masa untuk isteri dan anak-anak tidak pernah ada. Kawan adalah segala-galanya dalam hidup Bakri. Isteri dan anak-hanya hanyalah dirasakan seperti perhiasan sahaja oleh Fitrina. Sudah hampir duabelas tahun mereka berkahwin, Bakri tidak pernah berubah. Fitrina pula tidak pernah merungut, Dia simpan segala kesedihan di dalam hati dan kerap menangis sendiri.

"Ya Allah! sampai bila semua ini harus berlaku. APakah aku dan anak-anak tidak nilai dan erti di hatinya sehingga dia mengabaikan hak kami," Fitrina mengadu kepada Allah. Hanya itu sahaja jalan dia memujuk hatinya. Selama ini dia sabar dengan kerenah Bakri.

"Ya Allah! aku tidak mampu menggubah sikap dan hati suamiku, maka kaku berserah kepadaMU, berilah petunjuk kepada dia. Sabar ku sudah sampai ke hujungnya. Aku tidak mampu untuk terus hidup begini. " Bisikan hati Fitrina mengadu kepada Yang Maha Pengasih.

"Mama! Abah pergi kemana? tiap malam keluar? "Tanya Abqari anak sulung Fitrina.

"Abah pergi jumpa kawan dia," jawan Fitrina ringkas.

"TAkkan tiap malam keluar jumpa kawan.?"Tanya Abqari lagi.

"Entahlah Along, mama pun tak tahu nak kata apa," Fitrina menjawab dengan perlahan. Hatinya sebak. Anak-anak terasa jauh hati dengan ayah mereka. Mereka inginkan belaian dari seorang ayah bukan hanya ada seorang ayah tapi tidak merasa pelukan kasih dan sayang. Ahlan dan Azkiya' tak pernah bertanya hal ayah mereka. Mereka sudah lali dengan sikap ayah mereka. Mereka tak kisah kerana bagi mereka asalkan ibu mereka  ada disamping mereka.

Malam itu terlalu panjang buat Fitrina. Dia mencapai komputer ribanya dan melayari laman muka buku. Di situ dia mendapat kawan-kawan yang boleh diajak berbincang, bertukar-tukar fikiran dan pendapat. Laman sembang kumpulan ilmiah yang dia sertai banyak menambahkan kenalan dan ilmu. Dia lebih suka bersembang tentang hal-hal ilmiah.

"Assalamualaikum cikgu!" tiba-tiba pesanan dari Ifham keluar dalam kotak sembang.
"Waalaikum salam, awak sihat?" Tanya Fitrina

"Alhamdulillah, sihat, cikgu? Tanya Ifham kembali.


"Alhamdulillah, saya macam biasa saja, sihat. Dah lama saya tak dengar khabar dari awak. Macamana pengajian awak sekarang? Soal Fitrina .

"My study? Okey..just sometime, I miss you," Ifham meluahkan isi hatinya.

"Ifham...rupanya dia masih lagi menyimpan perasaan terhadapku...Ya Allah...macamana ni." Fitrina termenung seketika.

"Cikgu! saya tahu cikgu tak bahagia, saya sanggup tunggu sampai bila pun, percayalah," Kata-kata Ifham mengejutkan Fitrina.

"Ifham!!!Apa awak cakap ni??? Tolonglah jangan buat saya serba salah. Awak tumpukan sahaja pada pelajaran awak okey! jangan sampai kerana hal ini pelajaran awak tergganggu," fitrina cuba menasihati bekas anak muridnya.

"Cikgu jangan risau tentang saya, saya akan belajar bersungguh-sunggu untuk mencapai cita-cita dan cinta saya, saya berjanji dan saya yakin, segala impian dan cita-cita dan cinta saya akan tercapai," Ifham begitu nekad dalam kata-katanya.

"Anak-anak cikgu sihat?" Ifham cuba mengalihkan tajuk.

"ALhamdulillah, mereka semua sihat, dah tidur pun. " Jawab Fitrina

"Suami cikgu mana? dia keluar ya?" Ifham meneka.

"Macam biasalah Ifham, awak pun memang dah tahu perangai dia kan?" Tak apalah Ifham saya dah faham, dah biasa pun, dah lali." Jawab Fitrina tenang.

"Saya tumpang sedih dengan cikgu, saya harap segalanya akan berubah, saya nak melihat cikgu bahagia,"
 Ifham mencoretkan apa yang tersimpan dihatinya.

"Ifham! usah risau tentang saya, saya dah cukup dewasa untuk mengadapi semua ujian ini, okay lah...nanti kita sembang lain kali pula ya? saya dah mengantuk, Assalamualaikum!" Fitrina menulis kata-kata penutup kemudian menutup komputer ribanya.

Dia merebahkan diri di katil. Matanya sukar nak terlelap. Fikirannya melayang merenung memikirkan Ifham. Fitrinan bangun dari katil menuju ke almari pakaian yang terletak disudut biliknya. Dia membelek sesuatu dan mengeluarkan sehelai selendang biru. Hadiah hari guru yang diberikan oleh Ifham kepadanya semasa Pelajarnya itu di tingkatan lima. Dah lima tahun. Cepatnya masa berlalu. Dia memakai selendang itu dikepalanya dan menatap wajahnya di cermin solek. Dia tersenyum sendiri. Akhirnya dia kembali merebahkan diri dikatil dan terlelap bersama selendang dari Ifham.



No comments:

Post a Comment